Selepas beberapa studio perfileman mengumumkan tarikh baharu tayangan filem mereka, kini giliran Marvel Studios pula mengumumkan tarikh baharu untuk tayangan filem Black Widow, The Eternals, Shang-Chi and the Legend of the Ten Rings dan Thor: Love and Thunder. 




Dengan pengumuman tersebut, filem Black Widow kini dijadualkan untuk tayangan pada 6 November 2020, manakala filem The Eternals pula dijadualkan untuk tayangan pada 12 Februari 2021. Selain itu, filem Shang-Chi and the Legend of the Ten Rings bakal ditayangkan pada 7 Mei 2021, filem Doctor Strange and the Multiverse of Madness ditunda ke 5 November 2021, dan Thor: Love And Thunder bakal ditayangkan pada 18 Februari 2022. Seterusnya, filem Captain Marvel 2 akan ditayangkan pada 8 Julai 2022, manakala filem Black Panther 2 akan ditayangkan pada 8 Mei 2022.

Scarlett Johansson kembali menyambung wataknya sebagai Natasha Romanoff/ Black Widow, yang merupakan seorang perisik dan pembunuh upahan yang dilatih oleh pihak KGB sejak kecil lagi, sebelum akhirnya berpaling tadah dan menjadi salah seorang ejen kepada pasukan S.H.I.E.L.D. dan seterusnya menganggotai pasukan Avengers. 



The Eternals berdasarkan kepada watak-watak rekaan Jack Kirby dalam komik dengan tajuk yang sama. The Eternals memperkenalkan watak golongan luar biasa, dikenali sebagai Eternals, dan lawan mereka, iaitu Deviants. Dalam dunia komik Marvel, Thanos dan beberapa hidupan di planet Titan juga adalah merupakan dari golongan Eternals. Namun, tidak dapat dipastikan samada MCU akan mengekalkan kesinambungan kisah berkenaan dari komik.

Thor: Love and Thunder kembali diarahkan oleh Taika Waititi susulan kejayaan filem Thor: Ragnarok (2017) yang juga merupakan hasil pengarahannya. Natalie Portman akan kembali melakonkan watak Jane Foster, di mana Jane akan memperolehi kuasa Thor dan menggunakan Mjolnir sebagai senjata. Selain Portman, Chris Hemsworth dan Tessa Thompson turut kembali melakonkan watak mereka sebagai Thor dan Valkyrie.

Post a Comment

Previous Post Next Post