Berdasarkan laporan oleh Deadline, Paramount Pictures telah membuat penundaan dan penjadualan tarikh tayangan filem akan datang mereka seperti Top Gun: Maverick, The SpongeBob Movie: Sponge on the Run, dan A Quiet Place Part II. 




Dengan pengumuman terbaharu tersebut, filem Top Gun: Maverick akan ditayangkan pada 23 Disember 2020 (berbanding jadual asal pada 24 Jun 2020). Filem The SpongeBob Movie: Sponge on the Run pula akan ditayangkan pada 31 Julai (berbanding jadual asal pada 22 Mei 2020). Manakala filem A Quiet Place Part II pula dijadualkan untuk tayangan 4 September 2020. 


Top Gun: Maverick akan menampilkan jalan cerita berlatarkan teknologi persenjataan kini yang menggunakan teknologi dron dan kepintaran buatan, menggantikan peranan juruterbang dalam pesawat moden. 


Watak Maverick (ditampilkan semula oleh Tom Cruise) kini merupakan seorang jurulatih penerbangan, yang melatih Bradley Bradshaw (lakonan Miles Teller), yang merupakan anak kepada rakan penerbangan Maverick suatu masa dulu, iaitu Nick “Goose” Bradshaw yang meninggal dunia dalam satu kemalangan semasa latihan. Top Gun: Maverick turut dibintangi Jon Hamm, Val Kilmer, Jennifer Connelly, Glen Powell dan Ed Harris.


Filem Top Gun ditayangkan pada 1986 dan diarahkan oleh Tony Scott, yang menjadi hit sehingga menyaksikan peningkatan orang awam yang ingin menjadi juruterbang, terutamanya juruterbang untuk Tentera Udara Amerika Syarikat. Filem Top Gun turut dibintangi oleh Kelly McGillis, Anthony Edwards dan Tom Skerritt. Filem tersebut memenangi Anugerah Academy untuk Lagu Asal Terbaik bagi lagu “Take My Breath Away” oleh Berlin. Pada 2015, United States Library of Congress memilih filem itu untuk disimpan dalam National Film Registry.

Post a Comment

Previous Post Next Post