Val Kilmer Disahkan Akan Membawa Kembali Watak Iceman Dalam Filem Top Gun 2

Kalau korang peminat Tom Cruise, tak sah kalau tak pernah menonton filem Top Gun. Filem yang mengundang ramai remaja lelaki berminat menyertai tentera udara suatu masa dulu, kini dalam proses penggambaran untuk filem keduanya. 


Minggu lepas, Tom Cruise telah berkongsi gambar pertama di set penggambaran filem Top Gun 2. Kini, The Wrap mengesahkan yang Val Kilmer akan kembali sebagai Tom “Iceman” Kazansky, pesaing utama kepada Maverick (watak yang dimainkan oleh Tom Cruise). 

Joseph Kosinski, yang sebelum ini mengarahkan Cruise dalam filem Oblivion, akan bertindak sebagai pengarah filem Top Gun 2, dengan skrip daripada Peter Craig, Justin Marks dan Eric Warren Singer. Walaupun sebelum ini berlegar di Internet yang menyatakan tajuk filem sambungan itu ialah Top Gun: Maverick, masih belum ada pengesahan berkaitan tajuk rasmi filem berkenaan. 

Filem asal Top Gun diarahkan oleh Tony Scott, dan turut dibintangi oleh Kelly McGillis, Anthony Edwards dan Tom Skerritt. Filem tersebut memenangi Anugerah Academy untuk Lagu Asal Terbaik bagi lagu “Take My Breath Away” oleh Berlin. Pada 2015, United States Library of Congress memilih filem itu untuk disimpan dalam National Film Registry.

Paramount Pictures telah menetapkan tarikh tayangan filem Top Gun 2 ini pada 12 Julai 2019.


Sumber dari Comingsoon

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post