James Mangold Akan Mengarahkan Filem Boba Fett!

The Hollywood Reporter melaporkan yang pengarah filem Logan, iaitu James Mangold akan mengarahkan filem standalone Boba Fett untuk Lucasfilm. Filem tersebut akan mengikut jejak filem standalone lain seperti Rogue One dan Solo.



Seorang pembunuh upahan, Boba Fett pada awalnya membuat kemunculan pertama dalam filem Star Wars: Episode V: The Empire Strikes Back (sebelum edisi Special Edition filem A New Hope membuatkan penampilannya menjadi lebih awal) sebagai salah seorang pembunuh upahan yang diupah oleh Empire untuk mengesan kapal angkasa Millennium Falcon. Fett berjaya dalam misinya dan membawa Han Solo balik ke istana Jabba, di mana dia akhirnya mati di Sarlac Pitt. Watak Boba Fett sewaktu kanak-kanak turut muncul dalam filem Star Wars: Episode II, di mana ditunjukkan bahawa rupa ikoniknya dan kapal angkasanya adalah milik bapanya Jango Fett, yang juga merupakan model asas untuk tentera klon. Watak Boba Fett merupakan antara watak yang popular di kalangan peminat Star Wars dan sering dipaparkan oleh cosplayer di konvensyen antarabangsa.

Lucasfilm dilaporkan dalam proses menghasilkan beberapa filem standalone meluaskan lagi dunia Star Wars di layar perak, termasuklah filem berkisarkan Obi-Wan Kenobi yang akan diarahkan oleh Stephen Daldry, dan khabar angin di mana filem Yoda juga akan turut dihasilkan.


Sumber dari SuperheroHype

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post