Sambungan filem Shazam itu dikhabarkan bakal menampilkan watak Black Adam lakonan Dwayne Johnson



Di saat beberapa studio perfileman mengumumkan penangguhan tarikh tayangan dan jadual penggambaran akibat wabak COVID-19, studio perfileman Warner Bros. telah mengumumkan yang filem Shazam 2 akan memulakan penggambaran pada hujung tahun ini. 

Dalam satu temuramah, pengarahnya, David F. Sandberg mendedahkan yang pasukan produksinya sedang mencari cara bagaimana untuk memastikan persiapan projek filem Shazam 2 berjalan lancar walaupun sekarang ini arahan kuarantin dan perintah kawalan pergerakan sedang dilaksanakan hampir di seluruh dunia. Memetik temubual berkenaan, Sandberg berkata: 

“Well, we’ll see how long this goes, because I mean, we were going to start shooting this year. But, I mean, who knows how long this will go on? I mean, it feels like every movie gets delayed now, so we’ll see what happens with Shazam!. But so far, I’ve been working on the script. We can still do that, so that’s being done and then, yeah, we’ll just see in a couple of months how it looks, you know? Some of [the time] has been watching movies. We have a little bit of work that we can do remotely, we have meetings via Zoom. I’ve never heard of that app before this happened, and now it’s all Zoom. Yeah, it’s not too weird for us. We’re indoors a bit more. I’m sitting down and learning new software and doing little tests, things like that.”

Filem Shazam! terdahulu ada memberikan bayangan penghasilan filem sambungannya, di mana filem berkenaan menggunakan pendekatan mid-credit scene sepertimana digunakan filem-filem MCU, dan mendedahkan watak antagonis yang bakal ditampilkan dalam filem terbaharu nanti. Selain itu, peminat masih tertunggu-tunggu bilakah sebenarnya watak Black Adam akan ditampilkan di layar perak, yang telah dikaitkan dengan Dwayne Johnson sejak sekian lama. 

Filem Shazam 2 telah dijadualkan untuk tayangan pada 1 April 2022.

KOMEN

Previous Post Next Post