Filem-filem yang terkesan dengan pengumuman tersebut adalah Ghostbusters: Afterlife, filem kedua dalam Sony Marvel Universe iaitu Morbius, sambungan filem Peter Rabbit dan juga filem Uncharted.


Satu lagi studio perfileman, iaitu Sony, telah mengumumkan penangguhan filem-filem mereka akibat penularan wabak COVID-19. Menurut laporan Variety, filem-filem yang terkesan dengan pengumuman tersebut adalah Ghostbusters: Afterlife, filem kedua dalam Sony Marvel Universe iaitu Morbius, sambungan filem Peter Rabbit dan juga filem Uncharted.


Ringkasan penuh penundaan tarikh tayangan projek filem dan drama di bawah naungan Sony adalah seperti berikut : 

Peter Rabbit 2: The Runaway  – 1/15/2021 (dari 08/07/2020)
Ghostbusters: Afterlife  – 03/05/2021 (dari 07/10/2020)
Morbius – 03/19/2021 (dari 07/31/2020)
Uncharted – 10/8/2021 (dari 03/05/2021)

Ghostbusters: Afterlife memfokuskan kepada seorang ibu tunggal bernama Callie (lakonan Carrie Coon) dan dua orang anaknya, Trevor dan Phoebe (lakonan Finn Wolfhard dan Mckenna Grace) yang baharu sahaja berpindah di sebuah rumah ladang di Oklahoma dan berhadapan dengan fenomena aneh di situ. Terdapat sebuah kuari lama di pekan tersebut yang diganggu oleh kuasa mistik. Filem ini turut dibintangi oleh Paul Rudd (Avengers: Endgame) yang melakonkan watak seorang guru yang mendokumentasikan fenomena aneh tersebut dan akhirnya bersepakat dengan Callie dan anak-anaknya untuk menyiasat kejadian aneh yang berlaku. 

Pelakon asal dari filem terdahulu Ghostbusters seperti Bill Murray, Dan Aykroyd, Ernie Hudson, Sigourney Weaver dan Annie Potts dijangka akan turut kembali tampil dalam filem terbaharu ini. Jason Reitman akan mengarahkan filem Ghostbusters: Afterlife, mengambil alih kerusi pengarah daripada bapanya Ivan Reitman yang mengarahkan dua filem asal Ghostbusters

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post