Penggambaran Filem The Batman Mungkin Dihentikan Lebih Dua Minggu

Penggambaran filem The Batman telahpun ditangguhkan untuk tempoh 2 minggu, namun kini ada perkembangan terbaharu yang menyatakan filem berkenaan akan ditangguhkan lebih lama dari jangkaan awal.


Menurut pengarahnya iaitu Matt Reeves, penggambaran filem The Batman terpaksa ditangguhkan lebih lama memandangkan situasi wabak COVID-19 yang masih belum menunjukkan tanda-tanda pengurangan. Penggambaran filem The Batman sedang dijalankan di UK dan sedang melihat kebarangkalian untuk memindahkan set penggambaran dari London ke Liverpool sebelum penangguhan tersebut diumumkan.

Filem The Batman dibintangi oleh Robert Pattinson yang akan melakonkan watak Bruce Wayne/ Batman, di samping Zoë Kravitz, Andy Serkis, Colin Farrell, Paul Dano, Jeffrey Wright, Peter Sarsgaard, dan John Turturro.

Menurut Reeves, penggambaran filem The Batman ditangguhkan demi keselamatan semua termasuklah para pelakon dan kru penggambaran. Memandangkan tiada tempoh tertentu dinyatakan, ini memberikan bayangan yang filem The Batman akan ditangguhkan sehinggalah selesai pandemik wabak COVID-19.

Penangguhan ini sudah pastinya memeningkan kepala bos-bos studio perfileman Hollywood untuk menyusun semula strategi pemasaran mereka untuk filem-filem yang ditangguhkan, dan tarikh slot tayangan yang bersesuaian. Filem The Batman telah dijadualkan untuk tayangan pada 25 Jun 2021, manakala satu lagi filem DC, iaitu Wonder Woman 1984, telahpun ditukar tarikh tayangan ke bulan Ogos tahun ini.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post