Filem Doctor Strange in the Multiverse of Madness Akan Memulakan Penggambaran Pada Jun Ini?

Nampaknya penularan wabak COVID-19 tidak menghalang Marvel Studios meneruskan projek filem terbaharu mereka, apabila Variety melaporkan yang filem Doctor Strange in the Multiverse of Madness secara senyap-senyap telahpun memulakan proses pra-produksi. Menurut sumber berkenaan, filem berkenaan masih dijadualkan untuk memulakan penggambaran pada Jun ini, walaupun terdapat beberapa isu yang masih belum diselesaikan iaitu seperti pembinaan set penggambaran, perjalanan antarabangsa dan kru penggambaran.


Pendekatan ini ternyata berbeza seperti mana yang diambil oleh studio perfileman yang telahpun mengumumkan penangguhan penggambaran filem mereka seperti The Batman, The Matrix 4, Mission: Impossible 7 dan Red Notice.

BERKAITAN: Pengarah Filem Doctor Strange In The Multiverse Of Madness Ditukar Kerana Tidak Sependapat Dengan Marvel Studios

Benedict Cumberbatch akan menyambung wataknya sebagai Dr. Stephen Strange, manakala Elizabeth Olsen akan melakonkan semula watak Scarlet Witch/Wanda Maximoff. Siri Disney+ terbaharu Olsen, iaitu WandaVision, akan berkait langsung dengan filem Doctor Strange in the Multiverse of Madness. Satu lagi siri Disney+ iaitu Loki juga akan berkait secara langsung dengan filem Doctor Strange in the Multiverse of Madness.

Filem Doctor Strange in the Multiverse of Madness dijadualkan untuk tayangan pada 7 Mei 2021.

Komen

Previous Post Next Post