Pengarah filem Guardians of the Galaxy Vol. 3, James Gunn mengumumkan yang filem tersebut kini telahpun selesai penggambaran!

Pengumuman tersebut dibuat melalui laman Twitter peribadinya, beserta sekeping gambarnya bersama-sama barisan pelakon filem Guardians of the Galaxy Vol. 3, antaranya Sean Gunn (melakonkan watak Kraglin, selain turut melakonkan aksi motion-capture untuk watak Rocket Raccoon), Pom Klementieff, Chris Pratt, Karen Gillan dan Dave Bautista.

BERKAITAN: Gambar Set Penggambaran Guardians of the Galaxy Vol. 3 Memperlihatkan Sut Serupa Komik!

Guardians of the Galaxy Vol. 3 menyaksikan kemunculan semula watak-watak dari filem terdahulu seperti Chris Pratt, Zoe Saldaña, Dave Bautista, Sean Gunn, Karen Gillan, Pom Klementieff, Bradley Cooper, dan Vin Diesel, selain muka-muka baharu di MCU seperti Will Poulter (melakonkan watak Adam Warlock) dan Chukwudi Iwuji.

Kali terakhir pasukan Guardians of the Galaxy muncul di layar perak adalah dalam filem Avengers: Endgame (2019), di mana mereka disertai oleh Thor (lakonan Chris Hemsworth) di penghujung filem tersebut. Disebabkan itu, pasukan Guardians of the Galaxy turut akan muncul dalam filem Thor: Love and Thunder yang akan ditayangkan tidak lama lagi. 

Buat masa ini, tiada ketetapan lagi tentang 'masa depan' pasukan Guardians of the Galaxy selepas filem ketiga ini. James Gunn sendiri ada menyatakan sebelum ini, yang filem Guardians of the Galaxy Vol. 3 berkemungkinan filem terakhir yang akan menampilkan pasukan tersebut.


KOMEN ANDA

Previous Post Next Post