Akhirnya, selesailah siri Disney+ Moon Knight musim 1, apabila episod ke-6 siri tersebut ditayangkan beberapa hari lalu. 

Secara jujurnya, siri Moon Knight telah membuka pelbagai peluang baharu untuk Marvel Studios mengembangkan lagi dunia MCU. Untuk siri Moon Knight ini, penonton dan peminat Marvel telah diperkenalkan dengan dunia mistik Mesir. Menyambung pengakhiran Moon Knight episod 5, Arthur Harrow telah berjaya mendapatkan ushabti Ammit selepas membunuh Marc Spector, disaksikan oleh Layla yang bersembunyi. Dalam usaha untuk merampas semula ushabti tersebut, Layla telah bersetuju menjadi avatar kepada dewi Taweret. Harrow dan pengikutnya telah kembali semula ke Chamber of the Gods dalam Piramid Giza dan telah membunuh avatar dewa-dewa yang ada di situ, seterusnya membebaskan Ammit dari ushabti yang membelenggunya. Sebagai balasan, Ammit memilih Harrow untuk menjadi orang suruhannya.

Marc yang berada di tengah-tengah Field of Reeds telah berusaha untuk kembali ke dunia fana untuk menyelamatkan Steven Grant yang kini membeku di tengah padang pasir Duat. Nasib menyebelahi mereka apabila Gates of Osiris terbuka, membolehkan Marc dan Steven kembali ke dunia fana. Khonshu yang telah dibebaskan oleh Layla dari ushabtinya mengesan kehadiran semula Marc, dan Moon Knight pun kembali untuk bertarung. Berjayakah Marc/ Steven/ Moon Knight dibantu oleh Khonshu dan Layla mengalahkan Ammit, Harrow dan konco-konconya? Jangan lupa saksikan penutup musim 1 untuk siri Moon Knight ini.

Episod 6 ini menampilkan beberapa kejutan yang sememangnya ditunggu-tunggu sejak awal, iaitu kemunculan personaliti ketiga Moon Knight, Jake Lockley di penghujung episod, selain kemunculan Layla sebagai superhero Mesir pertama di MCU (jika dirujuk di kalangan netizen, watak yang ditampilkan adalah Scarlet Scarab). Ternyata representation watak dan pelakon-pelakon dari Mesir ke dalam siri ini sememangnya satu langkah yang bijak oleh Marvel Studios. Oscar Isaac pula sememangnya tak dapat disangkal lagi kerana berjaya membawakan 3 personaliti berbeza dengan sangat baik sekali, ditambah dengan watak Moon Knight itu sendiri.

Adakah akan ada musim kedua Moon Knight, ataupun akan ada kemunculan Moon Knight dalam filem-filem MCU akan datang?


KOMEN ANDA

Previous Post Next Post