Sebuah lagi filem terbitan produksi Malaysia membuka tayangan perdana di platfom penstriman Netflix. Filem Showtime 1958 yang merupakan filem cereka pertama terbitan Nafalia Corporation Sdn. Bhd. mula ditayangkan di Netflix sejak 3 Mei 2022 yang lalu. Saksikan trailer filem Showtime 1958 di bawah:

Showtime 1958 ditulis sepenuhnya oleh pengarah, Anwardi Jamil menerusi idea asal daripada memoir Allahyarham ayah beliau iaitu Dato’ Haji Jamil Sulong. Filem Showtime 1958 merupakan sebuah kisah benar di sebalik terciptanya lagu ikonik “Selamat Hari Raya (Lagu Hari Raya Aidifitri)” yang ditulis oleh biduan negara P. Ramlee dan Jamil Sulong pada April 1958 di bahagian belakang pentas Studio Jalan Ampas, selain turut memaparkan detik-detik genting kejatuhan empayar filem Melayu di Singapura. 

Filem Showtime 1958 dibarisi nama-nama besar industri perfileman tanah air antaranya Amai Kamaruddin, Bell Ngsari, Shah Iskandar dan Mubarak Majid, di samping bakat-bakat baharu seperti Asry Azizan Banks, Yna Rose Noah, Wan Nur Afiyah, Irfan Zaini, Amalina Arham, Muhammad Izzat Mustaq, Raja Muhammad Hafiz, Dhia Farhana, Farah Ahmad, Frankie Lee, Henzi Andalas Nusantara.


Penerbitan filem ini telah disokong sepenuhnya oleh FINAS dan ditaja oleh F&N. Filem ini diedarkan secara ekslusif ke Netflix oleh Nafalia Corporation Sdn Bhd melalui Nads Media Entertainment Sdn Bhd sebagai pengedarnya.

Filem cereka yang diarahkan oleh pengarah vateran Anwardi Jamil ini telah mendapat pengiktirafan di Asian Cinematography Award, yang berlangsung di Manila, dimana, ianya berjaya merangkul dua anugerah iaitu Pengarah Asia Terbaik (Anwardi Jamil) dan Sinematografi Terbaik (Norazam Mohd Yusoff).

Filem ini juga berjaya menerima anugerah bagi Skor Muzik Terbaik (Raja Iskandar Raja Ibrahim) di anugerah Singapore World Film Carnival, yang juga telah memberi penghargaan bagi Pencapaian Luar Biasa bagi kategori Pengarahan, Ciri Naratif dan Sinematografi. 

Showtime 1958 turut terpilih sebagai salah satu daripada tiga filem teratas bagi kategori filem cereka bahasa asing (Foreign Language Feature Films) di Cardiff International Film Festival. Selain daripada itu, filem Showtime 1958 merupakan finalis bagi salah satu daripada dua filem muzikal terbaik di Cannes World Film Festival, walau bagaimanapun telah kalah kepada filem keluaran Amerika Syarikat iaitu Black Live Matter - A Musical

Filem Showtime 1958 ini juga telah diraikan di Paris sempena sebuah acara yang memperingati hasil kerja dan musik nyanyian Allahyarham Tan. Sri. Dr. P. Ramlee, yang dipanggil One Night With Malaysia. Acara tersebut telah dianjurkan oleh INALCO,  the National Institute of Languages and Oriental Civilisations, L’Ecole Des haute Etudes En Sciences Socials and Campus Condorcet.


KOMEN ANDA

Previous Post Next Post