Satu demi satu isu melibatkan bintang filem Justice League dan pendukung watak Barry Allen/ The Flash dalam DCEU iaitu Ezra Miller yang terlibat dengan beberapa salah laku termasuklah ditangkap polis dan dipertuduh atas tuduhan rompakan dan pecah masuk. Terbaharu, menurut laporan oleh Variety, Ezra dilaporkan telah mengeluarkan satu kenyataan rasmi, mengungkapkan permohonan maaf di atas segala pelakuan buruknya, dan berjanji akan mendapatkan rawatan untuk "isu-isu kompleks berkaitan kesihatan mental".

Menurut Ezra:

Having recently gone through a time of intense crisis, I now understand that I am suffering complex mental health issues and have begun ongoing treatment. I want to apologize to everyone that I have alarmed and upset with my past behavior. I am committed to doing the necessary work to get back to a healthy, safe and productive stage in my life.

BERKAITAN: Warner Bros. Dan DC Menghentikan Penglibatan Ezra Miller Dalam Filem Akan Datang?

Perilaku Ezra sejak kebelakangan ini dilihat seolah-olah 'duri dalam daging' kepada DC dan Warner Bros., ditambah pula dengan penghasilan filem solo The Flash sendiri yang telah tertunda beberapa kali. Tindak-tanduk Ezra yang seolah-olah di luar kawal telah memaksa studio berkenaan memberikan 'kata dua' kepada Ezra, yang mengugut untuk menghentikan penglibatan Ezra dalam filem DC yang akan datang. 

Untuk rekod, Ezra telah ditahan kerana terlibat dalam beberapa siri salah laku, seperti 2 kali ditahan polis di Hawai akibat peras ugut dam tingkahlaku tidak sopan, selain berhadapan dengan tuduhan kecurian dan dituduh di Mahkamah Tinggi Vermont, Amerika Syarikat. Beliau juga dituduh terlibat dengan salahlaku seksual dan grooming melibatkan seorang wanita berumur 18 tahun ketika beliau masih seorang kanak-kanak. 

The Flash sepatutnya dijadualkan untuk tayangan di pawagam pada 23 Jun 2023. Namun dengan perkembangan terbaharu ini, tidak diketahui nasib yang bakal menimpa Ezra mahupun filem solo The Flash.


KOMEN ANDA

Previous Post Next Post