Tayangan perdana filem terbaharu terbitan Paramount Pictures, iaitu Smile, disahkan akan ditayangkan di festival Fantastic Fest 2022 yang akan berlangsung dari 22 September hingga 29 September 2022 di Austin, Texas, Amerika Syarikat. 

BERKAITAN: Saksikan Trailer Filem Smile, Satu Lagi Filem Seram Tahun Ini

Smile mengisahkan tentang seorang doktor, iaitu Dr. Rose Cotter (lakonan Sosie Bacon) yang selepas menyaksikan satu kejadian aneh dan traumatik melibatkan seorang pesakit, telah mengalami kejadian misteri yang tidak diketahui puncanya. Sedikit demi sedikit, gangguan mistik tersebut telah mengancam nyawanya, menyebabkannya terpaksa berhadapan semula dengan kisah silamnya, dan cuba melepaskan diri dari gangguan tersebut. 

Di luar negara, filem Smile telah mendapat penarafan R (Restricted) kerana mempunyai unsur seram dan imej ganas. 

Filem Smile diarahkan oleh Parker Finn, dan dibintangi oleh Sosie Bacon, Jessie T. Usher, Kyle Gallner, Robin Weigert, Caitlin Stasey, Kal Penn dan Rob Morgan.

Filem Smile dijadualkan untuk tayangan di pawagam mulai 29 September 2022. 


KOMEN ANDA

Previous Post Next Post