Nampaknya satu lagi filem seram bakal menjengah di pawagam pada penghujung tahun ini. Paramount Pictures telah memperlihatkan trailer filem seram terbaharu mereka, iaitu Smile

Saksikan trailer filem seram Smile di bawah:

BERKAITAN: Review Filem The Black Phone (2022) - Bukan Filem Seram Tipikal

Smile mengisahkan tentang seorang doktor, iaitu Dr. Rose Cotter (lakonan Sosie Bacon) yang selepas menyaksikan satu kejadian aneh dan traumatik melibatkan seorang pesakit, dan kini beliau mengalami kejadian misteri yang tidak diketahui puncanya. Sedikit demi sedikit, gangguan mistik tersebut telah mengancam nyawanya, menyebabkannya terpaksa berhadapan semula dengan kisah silamnya, dan cuba melepaskan diri dari gangguan tersebut. 

Filem Smile diarahkan oleh Parker Finn, dan dibintangi oleh Sosie Bacon, Jessie T. Usher, Kyle Gallner, Robin Weigert, Caitlin Stasey, Kal Penn dan Rob Morgan.

Filem Smile dijadualkan untuk tayangan di pawagam mulai 29 September 2022.



KOMEN ANDA

Previous Post Next Post