Hebat! United International Pictures Malaysia baharu sahaja mengumumkan yang sambungan filem Top Gun, iaitu Top Gun: Maverick telah merekodkan kutipan box office sebanyak RM 26 jut, menjadikannya filem lakonan Tom Cruise yang mencatatkan kutipan tertinggi di Malaysia! Ianya secara tak langsung telah mengatasi kutipan filem terdahulu Tom Cruise, iaitu Mission Impossible: Fallout yang merekodkan kutipan sebanyak RM 25.9 juta, dan Mission Impossible: Rogue Nation sebanyak RM 23.6 juta.

Sejak mula ditayangkan di penghujung Mei tempohari, Top Gun: Maverick telah merekodkan kutipan keseluruhan sebanyak USD900 juta di seluruh dunia, menjadikannya filem Tom Cruise yang paling menguntungkan setakat ini! Walaupun mengambil sela masa 36 tahun dari filem pertamanya, dan kemungkinan filem pertamanya pun tidak ditonton oleh peminat filem yang lebih muda, namun ianya tidak menghalang para peminat filem untuk memberikan sambutan menggalakkan terhadap filem Top Gun: Maverick ini di pawagam.

Jangan lupa saksikan filem Top Gun: Maverick yang masih lagi ditayangkan di pawagam sekarang!


KOMEN ANDA

Previous Post Next Post