Dalam satu pengumuman yang ternyata 'mengejutkan' komuniti filem, pembikin filem James Gunn dan penerbit Peter Safran telah dipilih untuk mengetuai divisyen perfileman, TV dan animasi DC, dan akan bertindak selaku Pengerusi Bersama untuk satu divisyen baharu di bawah Warner Bros. Discovery!

Pengumuman sepertimana laporan The Hollywood Reporter itu bakal menyaksikan Gunn dan Safran dinamakan sebagai CEO Bersama DC Studios, satu divisyen baharu di bawah Warner Bros. Discovery yang menggantikan DC Films. Pelantikan itu akan berjalan selama 4 tahun, dengan Gunn akan bekerja secara eksklusif dengan DC dalam tempoh tersebut. Pelantikan ini secara rasminya menamatkan pencarian CEO Warner Bros. Discovery, David Zaslav yang sebelum ini buntu mencari pengganti kepada CEO DC Films sebelum ini, Walter Hamada yang telah meninggalkan studio tersebut.

Untuk rekod, Gunn bukanlah nama asing dalam dunia filem superhero, di mana filem arahannya seperti The Suicide Squad dan siri TV untuk HBO, Peacemaker mencatatkan sambutan amat menggalakkan di kalangan peminat komik DC. Di luar dunia DC, beliau juga mencatatkan kejayaan untuk filem MCU, seperti penglibatan langsungnya dalam francais filem Guardians of the Galaxy. Manakala Safran pula sebelum ini terlibat sebagai penerbit untuk filem-filem seperti Aquaman dan Shazam! Gandingan kedua-dua mereka ini sudah tentunya amat menarik untuk dinantikan.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh CEO Warner Bros. Discovery, David Zaslav;

DC has among the most entertaining, powerful, and iconic characters in the world, and I am thrilled to have the singular and complementary talents of James and Peter joining our world-class team and overseeing the creative direction of the storied DC Universe. Their decades of experience in filmmaking, close ties to the creative community, and proven track record thrilling superhero fans around the globe make them uniquely qualified to develop a long-term strategy across film, TV, and animation and take this iconic franchise to the next level of creative storytelling.


KOMEN ANDA

Previous Post Next Post