Pasangan penyiasat paranormal Ed dan Lorraine Warren akan kembali ke layar perak, apabila disahkan yang filem The Conjuring 4 kini sedang dibangunkan, menurut laporan oleh The Hollywood Reporter.

Johnson-McGoldrick bukanlah asing dalam francais filem The Conjuring, kerana merupakan orang yang bertanggung jawab menulis skrip untuk filem The Conjuring 2, dan juga filem The Conjuring: The Devil Made Me Do It (2021), yang mendapat sambutan hebat di kalangan penonton dan merekodkan kutipan box office. Selain The Conjuring, Johnson-McGoldrick juga menulis skrip untuk filem sambungan Aquaman, iaitu filem Aquaman and the Lost Kingdom.

BERKAITAN: Filem The Conjuring 3 Bakal Ditayangkan Pada 2020

The Conjuring 4 sekali lagi akan menyaksikan kerjasama antara James Wan dan Peter Safran sebagai penerbit, yang merupakan 'orang kuat' di sebalik filem-filem The Conjuring sebelum ini. Dua orang bintang utama francais tersebut, iaitu Patrick Wilson dan Vera Farmiga yang melakonkan watak pasangan penyiasat paranormal Ed dan Lorraine Warren — turut dijangka akan kembali ke watak tersebut. 

Filem The Conjuring (2013) menerima sambutan menggalakkan dan merekodkan kutipan sebanyak USD320 juta di seluruh dunia, menjadikannya antara filem seram paling menguntungkan. Kejayaan filem The Conjuring juga telah menghasilkan beberapa filem spin-off, termasuklah The Nun, di mana kini sambungan filem itu juga sedang menjalani penggambaran di Perancis.


KOMEN ANDA

Previous Post Next Post