Pengarah Aquaman, James Wan telah mengumumkan tajuk rasmi filem Aquaman 2 dalam satu perkongsian di Instagram peribadinya. Filem Aquaman 2 kini dikenali rasmi dengan tajuk Aquaman and the Lost Kingdom.


Aquaman and the Lost Kingdom dibintangi oleh Jason Momoa sebagai Aquaman, dengan Amber Heard dan Patrick Wilson dijangka kembali sebagai Mera dan Orm. 

Filem Aquaman yang ditayangkan pada Disember 2018 mencatatkan kutipan memberangsangkan iaitu lebih USD1 billion. Jangan lupa juga untuk membaca review filem Aquaman yang kami sediakan.

Selain filem Aquaman and the Lost Kingdom, Warners Bros. telah menyenaraikan beberapa filem DC untuk tayangan, seperti The Suicide Squad (6 Ogos 2021), The Batman (4 Mac 2022), The Flash (4 November 2022), Black Adam (29 Julai 2022), dan Shazam! Fury of the Gods (2 Jun 2023).

Aquaman and the Lost Kingdom dijadualkan untuk tayangan pada 16 Disember 2022.


KOMEN ANDA

Previous Post Next Post