Episod pertama siri Disney+ terbaharu, Loki baharu sahaja ditayangkan, tidak berapa lama selepas Disney+ Hotstar bertapak secara rasmi di Malaysia. Kami berkesempatan menonton Loki episod 1, dan inilah review dari kami. 


Berlatarkan kejadian dalam filem Avengers: Endgame iaitu selepas Loki 'menghilangkan diri' bersama  Tesseract ketika ditahan oleh pasukan Avengers selepas 'Battle of New York' di bangunan Stark Tower, ini telah mencetuskan cabang baharu realiti yang seterusnya menyebabkan Loki berhadapan dengan satu pasukan misteri yang digelar Time Variance Authority (TVA). TVA merupakan organisasi rahsia yang wujud dan mengawalselia pelbagai garis masa (timeline) yang wujud dan memastikan ianya tidak menjadi kacau bilau. Loki telah ditahan di ibu pejabat TVA, berjumpa dengan seorang pegawai tinggi bernama Mobius (lakonan Owen Wilson), dan diberikan 2 pilihan : di'lenyap'ka dari kewujudan, ataupun membantu TVA untuk memulihkan garis masa dan menghentikan ancaman daripada seorang individu merbahaya, iaitu dirinya sendiri!


Tom Hiddleston menyambung wataknya sebagai penjahat kegemaran ramai, Loki, selain lakonan mantap oleh Gugu Mbatha-Raw, Wunmi Mosaku, Eugene Cordero dan Tara Strong. Siri Loki ini merupakan siri ketiga dalam senarai siri Disney+ MCU, selepas WandaVision dan The Falcon and the Winter Soldier.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post