Selepas lebih setahun Jonathan Majors tampil melakonkan watak varian kepada Kang the Conqueror yang bergelar He Who Remains dalam siri Disney+ Loki musim 1, kini sekali lagi Kang the Conqueror tampil dalam trailer terbaharu filem Ant-Man and the Wasp: Quantumania, yang telahpun diperlihatkan oleh Marvel Studios. Saksikan trailer Ant-Man and the Wasp: Quantumania di bawah:

Penampilan terbaharu Kang the Conqueror bakal menyaksikan peranan lebih besar dimainkan watak tersebut sepanjang MCU Phase 5 dan 6 nanti. Sebelum 'bertempur' dengan pasukan Avengers dalam filem Avengers: The Kang Dynasty yang akan ditayangkan pada 2025 nanti, Kang the Conqueror nampaknya terlebih dahulu akan ditemukan dengan Scott Lang dan keluarganya. 

Dari trailer tersebut, dapat dilihatkan anak perempuan Scoot, iaitu Cassie (yang telah meningkat remaja) juga mempunyai sut superheronya sendiri, dan telah membantu mereka cipta sebuah satelit yang boleh merangkumi sehingga ke Quantum Realm. Malangnya, kesemua mereka telah bertukar menjadi kecil dan 'disedut masuk' ke dunia kuantum tersebut, membawa mereka menempuh pengembaraaan baharu. Adakah di situ nanti mereka akan bertemu Kang the Conqueror? Sama-sama kita nantikan.

BERKAITAN: Dua Filem Avengers Bakal Ditayangkan Pada 2025!

Filem Ant-Man and the Wasp: Quantumania dijadualkan untuk tayangan di pawagam pada 17 Februari 2023.


KOMEN ANDA

Previous Post Next Post