Pengumuman oleh Marvel Studios di acara San Diego Comic-Con baru-baru ini yang telah membentangkan filem-filem dan projek mereka sehinggalah ke MCU Fasa 6 bukanlah sesuatu yang mengejutkan. Selain mengumumkan MCU Fasa 6 akan bermula pada 8 November 2024 dengan filem Fantastic Four, Marvel turut membuat 2 pengumuman penting, iaitu dua filem Avengers akan ditayangkan serentak pada tahun 2025!

BERKAITAN: MCU Fasa 6 Diumumkan - Dimulakan Dengan Filem Fantastic Four!

Filem pertama yang diumumkan adalah Avengers: The Kang Dynasty yang dijadualkan untuk tayangan pada 2 Mei 2025. Terbaharu, The Hollywood Reporter melaporkan yang pengarah filem Shang-Chi and The Legend of the Ten Rings, Destin Daniel Cretton telah dipilih untuk mengarahkan filem Avengers: The Kang Dynasty.  

Manakala filem Avengers: Secret Wars dijadualkan untuk tayangan pada 7 November 2025.

Selain ketiga-tiga filem ini, ada beberapa slot tayangan yang dikosongkan untuk MCU Fasa 6, namun Marvel masih belum mengumumkan apakah filem atau projek yang akan mengisi slot-slot tersebut.  


KOMEN ANDA

Previous Post Next Post