Selepas 16 tahun ditayangkan dalam bentuk filem, akhirnya novel Eragon karya Chrisopher Paolini akan dihasilkan semula dalam bentuk siri. Menurut laporan oleh Variety, novel fantasi itu akan ditayangkan di saluran Disney+.

Novel Eragon merupakan novel pertama dalam siri novel Inheritance Cycle karya Christopher Paolini, mengisahkan tentang Eragon, seorang pekerja ladang yang menemui dan menjaga sebutir telur naga, yang akhirnya menetaskan seekor naga betina yang diberi nama Saphira. Penemuan itu membuka jalan untuk Eragon menjadi seorang Dragon Rider, seterusnya menentang Raja Galbatorix, pemerintah kejam di AlagaĆ«sia yang menyangka telah membunuh semua Dragon Riders sebelum ini. 

Selain Eragon, siri novel Inheritance Cycle terdiri daripada Eldest, Brisingr, dan Inheritance.

Eragon diadaptasikan dalam bentuk filem pada tahun 2006, menampilkan Ed Speleers, Rachel Weisz, John Malkovich dan Jeremy Irons. Namun, ianya hanya mencatatkan kutipan sebanyak USD75 juta, dan tiada perancangan untuk menghasilkan sambungannya selepas itu. 


KOMEN ANDA

Previous Post Next Post