Poster pertama filem akan datang Marvel Studios, Ant-Man and the Wasp: Quantumania telahpun diperlihatkan, memberikan gambaran awal kepada para peminat terhadap sut baharu watak-watak dari filem itu, selain gambaran watak antagonis utama, iaitu Kang the Conqueror.

Poster konsep tersebut dikongsikan di Twitter oleh Pengarah Pembangunan Visual dan Konsep, Marvel Studios iaitu Andy Park. Ianya menampilkan watal Ant-Man, Wasp, dan satu lagi watak dengan sut berwarna ungu, berkemungkinan adalah watak Strature. Manakala bayangan watak Kang the Conqueror berada di sebelah belakang. Saksikan poster Ant-Man and the Wasp: Quantumania di bawah:

Filem Ant-Man and The Wasp: Quantumania akan kembali menampilkan Paul Rudd dan Evangeline Lilly sebagai Scott Lang/Ant-Man dan Hope van Dyne/Wasp, selain penampilan semula Michael Douglas dan Michelle Pfeiffer melakonkan watak Hank Pym dan Janet Van Dyne. Ianya turut akan menampilkan buat pertama kalinya Kathryn Newton yang mengambil alih peranan sebagai watak Cassie Lang, dan berdasarkan poster di atas, dijangka akan tampil buat pertama kalinya sebagai superhero Strature. Selain itu, Jonathan Majors akan tampil selaku antagonis utama, Kang the Conqueror, yang telah dilakonkannya sebelum ini dalam siri Disney+ Loki.

Filem Ant-Man and The Wasp: Quantumania sekali lagi akan diarahkan oleh Peyton Reed, dan dijadualkan untuk tayangan pada 17 Februari 2023.


KOMEN ANDA

Previous Post Next Post