Akhirnya kini pasti, bila mana Disney mengesahkan yang filem Thor: Love and Thunder tidak akan ditayangkan di Malaysia. Khabar duka itu dikongsikan oleh dua pengendali pawagam utama di Malaysia, iaitu Golden Screen Cinema (GSC) dan juga TGV sebentar tadi

Menerusi kenyataan di Facebook, GSC berkata pembatalan tayangan itu telah diputuskan oleh Disney.

BERKAITAN: Disney Menunda Tarikh Tayangan Filem Thor: Love and Thunder Di Malaysia

Menurut GSC di laman sosialnya:

Dimaklumkan bahawa Disney telah memaklumkan bahawa Thor: Love and Thunder tidak akan ditayangkan di Malaysia. Kami menghargai kesabaran anda dan memohon maaf di atas segala kesulitan yang dihadapi.

Untuk rekod, sebelum ini tayangan filem Thor: Love and Thunder telah ditunda oleh Disney, namun tidak dinyatakan sebab penundaan tersebut.


KOMEN ANDA

Previous Post Next Post