Tarikh tayangan salah satu filem yang paling ditunggu-tunggu tahun ini, iaitu Thor: Love and Thunder di Malaysia dilaporkan telah ditunda oleh Disney!

Keterujaan peminat filem MCU di Malaysia untuk menonton lebih awal filem Thor: Love and Thunder nampaknya tidak kesampaian. Disney baharu sahaja mengumumkan yang tarikh tayangan filem tersebut di Malaysia telah ditunda dari 7 Julai 2022 ke tarikh baharu iaitu pada 21 Julai 2022. 

BERKAITAN: Berapa Lama Waktu Tayangan Rasmi Filem Thor: Love and Thunder?

Pengumuman penangguhan tarikh tayangan tersebut dikongsikan oleh francais pawagam utama di Malaysia seperti GSC dan TGV, yang sudah pastinya mengecewakan ramai peminat yang telahpun membuat tempahan awal bagi menonton filem Thor: Love and Thunder.

Disney tidak menyatakan secara jelas sebab penundaan tarikh tayangan tersebut, namun ramai yang berspekulasi dan beranggapan ianya berpunca daripada kontroversi melibatkan satu lagi filem Disney sebelum ini, iaitu Lightyear yang tidak ditayangkan di Malaysia.

Selain Chris Hemsworth yang kembali melakonkan watak Thor, filem Thor: Love and Thunder menampilkan barisan pelakon seperti Tessa Thompson sebagai Valkyrie, dan Natalie Portman sebagai Jane Foster, yang kini menggalas nama dan kuasa baharu sebagai the Mighty Thor dan menggunakan senjata ikonik Mjolnir. Manakala pelakon prolifik Christian Bale tampil melakonkan watak villain utama iaitu Gorr the God Butcher.

Taika Waititi sekali lagi bertindak sebagai pengarah filem Thor: Love and Thunder, selepas cemerlang sebelum ini dalam pengarahan filem Thor: Ragnarok


KOMEN ANDA

Previous Post Next Post