United International Pictures (UIP) Malaysia telah memperlihatkan trailer untuk filem terbaharu mereka, iaitu Ticket to Paradise yang akan ditayangkan di pawagam mulai 6 Oktober 2022. Saksikan trailer filem Ticket to Paradise di bawah:

George Clooney dan Julia Roberts sekali lagi dipertemukan dalam filem ini, mengisahkan tentang dua orang pasangan bekas suami isteri yang mendapati diri mereka dalam misi bersama untuk memastikan anak perempuan mereka yang sedang dilamun cinta daripada melakukan kesilapan serupa seperti yang mereka lakukan dalam perhubungan, 

Filem bergenre komedi romantik ini menampilkan pelakon hebat seperti George Clooney dan Julia Roberts, dan diarahkan oleh Ol Parker melalui skrip olahan oleh Daniel Pipski. Ticket to Paradise menjalani penggambaran utama di Queensland, Australia melalui insentif yang diberikan oleh kerajaan Australia dan Production Attraction Strategy oleh Screen Queensland.


KOMEN ANDA

Previous Post Next Post