Trailer dan gambar-gambar bagi filem sambungan yang ditunggu-tunggu, iaitu Hocus Pocus 2 telahpun diperlihatkan! Filem Disney+ Hotstar Original itu menemukan semula barisan pelakon seperti Bette Midler, Sarah Jessica Parker dan Kathy Najimy. Filem live-action yang merupakan sambungan filem klasik Halloween yang ditunggu-tunggu itu dijadualkan untuk tayangan di saluran Disney+ Hotstar mulai 30 September 2022. Saksikan trailer Hocus Pocus 2 di bawah:

Telah 29 tahun berlalu semenjak seorang individu menyalakan Black Flame Candle dan menghidupkan semula adik-beradik ahli sihir Sanderson, dan mereka berhasrat menuntut bela. Kini ianya terpulang kepada 3 orang pelajar sekolah menengah untuk menghentikan ahli-ahli sihir tersebut daripada menimbulkan kekacauan dia Salem sebelum subuh pada hari All Hallow’s Eve

Filem Hocus Pocus 2 turut dibintangi barisan pelakon seperti Sam Richardson, Doug Jones, Hannah Waddingham, Whitney Peak, Belissa Escobedo, Lilia Buckingham, Froyan Gutierrez, dan Tony Hale. 

Filem Hocus Pocus 2 diarahkan oleh Anne Fletcher, dan akan ditayangkan di  Disney+ Hotstar mulai 30 September 2022


KOMEN ANDA

Previous Post Next Post