Selepas memberikan beberapa 'bayangan' perincian terhadap sambungan filem Ghostbusters: Afterlife di acara Ghostbusters Day, akhirnya Sony Pictures telah mendedahkan tarikh tayangan filem Ghostbusters: Afterlife 2.

BERKAITAN: Sony Mengumumkan Penghasilan Filem Sambungan Ghostbusters: Afterlife

Ghostbusters: Afterlife 2 (bukanlah tajuk rasmi filem sambungan tersebut) telah dijadualkan untuk tayangan pada 20 Disember 2023. Filem tersebut dilaporkan akan kembali menggunakan latar di bandaraya New York dan bangunan bomba seperti mana yang ditampilkan dalam dua filem asalnya dan siri animasi sebelum ini. 

BERKAITAN: Saksikan Trailer Pertama Filem Ghostbusters: Afterlife - Ecto-1 Kembali

Ghostbusters: Afterlife 2 akan kembali diarahkan oleh Jason Reitman, namun belum dapat dipastikan barisan pelakon yang akan tampil dalam filem sambungan tersebut. 

Ghosbusters: Afterlife yang ditayangkan pada 2021 mencatatkan rekod kutipan lebih USD200 juta di seluruh dunia, dibintangi oleh Carrie Coon, Mckenna Grace, Finn Wolfhard, dan Paul Rudd. Ianya juga turut menampilkan semula pelakon dari filem asal iaitu Bill Murray, Dan Aykroyd, Ernie Hudson, Sigourney Weaver, dan Annie Potts.


KOMEN ANDA

Previous Post Next Post