Satu lagi pengumuman telah dibuat oleh Sony Pictures dalam acara CinemaCon hari ini, iaitu penghasilan sambungan filem Ghostbusters: Afterlife. Buat masa ini, masih belum ada perincian terperinci untuk sambungan filem tersebut, dan adakah pengarah terdahulu, Jason Reitman akan kembali mengarahkan filem sambungan itu. 

BERKAITAN: Saksikan Trailer Pertama Filem Ghostbusters: Afterlife - Ecto-1 Kembali

Filem Ghostbusters: Afterlife yang ditayangkan pada 2020 mengisahkan tentang seorang ibu tunggal bersama-sama 2 orang anaknya yang memulakan hidup baharu di sebuah pekan kecil di Oklahoma, dan menginap di rumah peninggalan datuk mereka. Walau bagaimanapun, mereka menemui perkaitan mereka dengan Ghostbusters asal dan legasi yang ditinggalkan oleh datuk mereka. 

Ghostbusters: Afterlife dibintangi oleh Carrie Coon, Mckenna Grace, Finn Wolfhard, dan Paul Rudd, selain turut dibintangi oleh bintangi filem asal Ghostbusters seperti Bill Murray, Dan Aykroyd, Ernie Hudson, Sigourney Weaver, dan Annie Potts.


KOMEN ANDA

Previous Post Next Post