Selain pengumuman Venom 3 di acara CinemaCon, Sony Pictures turut memperlihatkan 15 minit pertama tayangan filem animasi Spider-Man: Across the Spider-Verse, selain mengumumkan tajuk baharu yang akan digunakan untuk filem Spider-Man: Across the Spider-Verse – Part II.

Bahagian kedua filem Spider-Man: Across the Spider-Verse itu kini akan menggunakan tajuk rasmi Spider-Man: Beyond the Spider-Verse. Dan selepas Sony mengumumkan penundaan tarikh tayangan kedua-dua filem tersebut, kini Spider-Man: Across the Spider-Verse dijadualkan untuk tayangan mulai 2 Jun 2023, manakala Spider-Man: Beyond the Spider-Verse akan ditayangkan mulai 29 Mac 2024. 

Antara watak yang disahkan akan muncul dalam filem Spider-Man: Across the Spider-Verse adalah Jessica Drew/ Spider-Woman (lakonan suara oleh Issa Rae), selain Shameik Moore dan Hailee Steinfeld yang kembali menjadi pelakon suara untuk watak Miles Morales/ Spider-Man dan Gwen Stacy/ Spider-Gwen. Walau bagaimanapun, perincian dan sinopsis filem tersebut masih belum didedahkan, namun sudah pastinya akan menampilkan pelbagai versi Spider-Man dari dunia multiverse.

Filem animasi Spider-Man: Into the Spider-Verse (2018) menampilkan watak utama iaitu remaja bernama Miles Morales, y menjadi Spider-Man dan bergabung tenaga dengan beberapa lagi Spider-Man dari realiti berbeza untuk menghentikan ancaman jahat. Filem ini telah memenangi Anugerah Academy pada tahun 2019 dalam kategori Filem Animasi Terbaik, selain mencatatkan kutipan keseluruhan sebanyak USD375.5 juta di seluruh dunia.


KOMEN ANDA

Previous Post Next Post