Sony Pictures telah mengumumkan penundaan tarikh tayangan filem sambungan Spider-Man: Into The Spider-Verse (2018).

Filem tersebut, iaitu Spider-Man: Across the Spider-Verse (Part One) yang pada awalnya dijadualkan untuk tayangan pada 7 Oktober 2022, kini telah ditunda ke tarikh baharu iaitu pada 2 Jun 2023. Manakala filem seterusnya, Spider-Man: Across the Spider-Verse (Part Two) pula dijadualkan untuk tayangan pada 29 Mac 2024, memaksa peminat filem menunggu hampir setahun untuk mengetahui 'penutup' kepada filem tersebut. Bummer!

BERKAITAN: Jom Lihat Trailer Filem Animasi Spider-Man: Into The Spider-Verse

Antara watak yang disahkan akan muncul dalam filem Spider-Man: Across the Spider-Verse (Part One) adalah Jessica Drew/ Spider-Woman (lakonan suara oleh Issa Rae), selain Shameik Moore dan Hailee Steinfeld yang kembali menjadi pelakon suara untuk watak Miles Morales/ Spider-Man dan Gwen Stacy/ Spider-Gwen. Walau bagaimanapun, perincian dan sinopsis filem tersebut masih belum didedahkan, namun sudah pastinya akan menampilkan pelbagai versi Spider-Man dari dunia multiverse.

BERKAITAN: Sambungan Filem Spider-Man: Into The Spider-Verse Akan Ditayangkan Pada 2022

Filem animasi Spider-Man: Into the Spider-Verse (2018) menampilkan watak utama iaitu remaja bernama Miles Morales, y menjadi Spider-Man dan bergabung tenaga dengan beberapa lagi Spider-Man dari realiti berbeza untuk menghentikan ancaman jahat. Filem ini telah memenangi Anugerah Academy pada tahun 2019 dalam kategori Filem Animasi Terbaik, selain mencatatkan kutipan keseluruhan sebanyak USD375.5 juta di seluruh dunia.


KOMEN ANDA

Previous Post Next Post