SembangFilem

Berita filem dari seorang kaki wayang

Terkini

Tuesday, November 5, 2019

Sambungan Filem Spider-Man: Into The Spider-Verse Akan Ditayangkan Pada 2022


Sambungan Filem Spider-Man: Into The Spider-Verse Akan Ditayangkan Pada 2022

Filem Spider-Man: Into The Spider-Verse mendapat sambutan hebat ketika ditayangkan pada tahun lepas, dengan rata-ratanya memuji filem tersebut walaupun hanyalah filem animasi dan bukannya filem aksi hidup. Filem Spider-Man: Into The Spider-Verse juga berjaya merangkul Anugerah Oscar untuk Filem Animasi Terbaik, dan sudah tentunya para peminat jua ternanti-nantikan sambungan filem berkenaan. Kini, telah diumumkan pula yang filem sambungan Spider-Man: Into The Spider-Verse akan ditayangkan pada 8 April 2022!


Joaquim Dos Santos (VOLTRON: LEGENDARY DEFENDERS) akan mengarahkan filem sambungan Spider-Man: Into The Spider-Verse tersebut, dengan Phil Lord dan Christopher Miller bertindak sebagai penerbit. 

Ramai menjangkakan sambungan filem Spider-Man: Into The Spider-Verse tersebut akan menampilkan kembali pelakon suara dari filem terdahulu, di mana Shameik Moore melakonkan watak Miles Morales, Jake Johnson melakonkan watak Peter B. Parker, dan Hailee Steinfeld sebagai Spider-Gwen. Selain itu, John Mulaney turut tampil meminjamkan suara sebagai Spider-Ham, Kimiko Glenn sebagai Peni Parker dan Nicolas Cage sebagai Spider-Man Noir.

Kredit akhir filem Spider-Man: Into The Spider-Verse memperkenalkan watak Miguel O’Hara, ataupun lebih dikenali sebagai Spider-Man 2099. Apakah signifikan watak tersebut diperkenalkan di akhir filem Spider-Man: Into The Spider-Verse? Sama-sama kita nantikan sambungan filem ini nanti.


No comments:

Post a Comment