Lady Gaga Kembali Ke Layar Perak - Bakal Melakonkan Watak Pembunuh Dinasti Fesyen Gucci

Selepas tampil dalam filem A Star Is Born yang mendapat sambutan hebat di kalangan peminat, kini penyanyi pop sensasi Lady Gaga dilaporkan akan terlibat dalam filem baharu pula.

Kredit gambar : Vanity Fair

Lady Gaga dilaporkan akan memegang watak utama dalam filem berlatarkan kisah keluarga dan skandal pembunuhan dinasti industri fesyen terkenal, Gucci.

Filem itu masih belum diberi judul rasmi itu akan menyaksikan penyanyi pop berusia 33 tahun itu melakonkan watak Patrizia Reggiani, bekas isteri Maurizio Gucci yang didapati bersalah kerana mendalangi pembunuhan bekas suaminya tersebut.

Disebabkan jenayah yang dilakukan itu, Reggiani akhirnya dihukum penjara selama 18 tahun, sehingga diberi gelaran sebagai Black Widow oleh wartawan hiburan semasa perbicaraannya. Beliau akhirnya dibebaskan dari penjara pada 2016.

Laporan menyebut yang skrip filem mengenai kisah pembunuhan Gucci ini ditulis oleh Roberto Bentivegna, dan berdasarkan buku The House of Gucci a Sensational Story of Murder, Madness, Glamour, and Greed yang ditulis oleh Gay Forden.

Sebagai rekod, ini merupakan filem kedua yang menampilkan Lady Gaga sebagai pelakon utama. Dalam filem pertamanya, A Star Is Born, Gaga dicalonkan untuk kategori pelakon wanita terbaik, selain turut memenangi Anugerah Oscar bagi lagu runut bunyi terbaik Shallow untuk filem tersebut.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post