Paramount Pictures telah mengesahkan tajuk rasmi filem terbaharu Dungeons & Dragons, yang merupakan filem adaptasi live-action francais permainan terkenal Hasbro. Filem ini akan dikenali dengan tajuk Dungeons & Dragons: Honor Among Thieves, dan dijadualkan untuk tayangan bermula 2 Mac 2023.

Filem Dungeons & Dragons: Honor Among Thieves akan diarahkan oleh Jonathan Goldstein dan John Francis Daley, dan akan dibintangi oleh barisan pelakon seperti Chris Pine, Michelle Rodriguez, RegĂ©-Jean Page, Justice Smith, Sophia Lillis, dan Hugh Grant. Walau bagaimanapun, masih belum ada perincian lain tentang filem Dungeons & Dragons: Honor Among Thieves.

Permainan role-playing Dungeons & Dragons sangat popular sejak 1974 dan mempunyai pengikutnya yang tersendiri di seluruh dunia. Penghasilan filem Dungeons & Dragons: Honor Among Thieves ini menandakan kali ke-4 francais permainan popular ini diadaptasikan ke bentuk filem. Filem-filem yang telah ditayangkan sebelum ini adalah Dungeons & Dragons (2000), Dungeons & Dragons: Wrath of the Dragon God (2005), dan Dungeons & Dragons: The Book of Vile Darkness (2012).


KOMEN ANDA

Previous Post Next Post