Natalie Portman Debuts Alternate Thor: Love and Thunder Poster With Jane Foster

Pelakon filem Thor: Love and Thunder iaitu Natalie Portman telah memperlihatkan poster terbaharu filem tersebut, yang menampilkan watak lakonannya, iaitu Jane Foster sedang memegang Mjolnir. Saksikan poster filem Thor: Love and Thunder versi Jane Foster tersebut di bawah:

BERKAITAN: Trailer Filem Thor: Love And Thunder Diperlihatkan - Beserta Poster Terbaharu

Filem Thor: Love And Thunder buat pertama kalinya akan menampilkan jalan cerita dari panel komik, di mana kuasa Thor beralih kepada bekas teman wanitanya, iaitu Jane Foster (lakonan Natalie Portman). Penampilan semula Natalie Portman ini nyata mengejutkan kerana walaupun Portman telah melakonkan watak Jane Foster sebelum ini, beliau ada menyatakan yang beliau tidak akan terlibat lagi dengan mana-mana filem MCU. Jalan cerita di mana kuasa Thor bertukar tangan kepada wanita bukanlah sesuatu yang asing, kerana ianya berlatarkan komik hasil garapan Jason Aaron bertajuk The Mighty Thor, di mana watak Jane Foster yang menghidap kanser telah mendapat kuasa Thor dan mampu menggunakan Mjolnir, tukul kuasa milik Thor. 

Sinopsis rasmi filem Thor: Love and Thunder adalah seperti berikut:

“The film finds Thor (Chris Hemsworth) on a journey unlike anything he’s ever faced – a quest for inner peace. But his retirement is interrupted by a galactic killer known as Gorr the God Butcher (Christian Bale), who seeks the extinction of the gods. To combat the threat, Thor enlists the help of King Valkyrie (Tessa Thompson), Korg (Taika Waititi) and ex-girlfriend Jane Foster (Natalie Portman), who – to Thor’s surprise – inexplicably wields his magical hammer, Mjolnir, as the Mighty Thor. Together, they embark upon a harrowing cosmic adventure to uncover the mystery of the God Butcher’s vengeance and stop him before it’s too late”.

BERKAITAN: Filem Terbaharu Thor Diberi Tajuk Thor: Love and Thunder - Natalie Portman Kembali Sebagai Thor Versi Wanita!

Selain Chris Hemsworth yang kembali melakonkan watak Thor, filem Thor: Love and Thunder kembali menampilkan barisan pelakon terdahulu seperti Jaime Alexander sebagai Sif, Jeff Goldblum sebagai Grandmaster, Taika Waititi sebagai Korg, selain turut menampilkan pelakon dari filem Guardians of the Galaxy seperti Chris Pratt sebagai Star-Lord, Karen Gillan sebagai Nebula, Sean Gunn sebagai Kraglin dan Vin Diesel yang memberi suara untuk watak Groot

Taika Waititi sekali lagi bertindak sebagai pengarah filem Thor: Love and Thunder, selepas cemerlang sebelum ini dalam pengarahan filem Thor: Ragnarok

Filem Thor: Love and Thunder dijadualkan untuk tayangan pada 8 Julai 2022.


KOMEN ANDA

Previous Post Next Post