Masih hangat dengan pengumuman oleh Marvel Studios di acara San Diego Comic-Con 2022, studio perfileman Marvel Studios telah mengumumkan penghasilan versi MCU untuk keluarga superhero pertama mereka, iaitu Fantastic Four.

Filem Fantastic Four akan memulakan MCU Fasa 6, yang kini merupakan sebahagian daripada The Multiverse Saga, yang turut terdiri dari MCU Fasa 4 dan 5. Filem Fantastic Four dijadualkan untuk tayangan pada 8 November 2024, namun masih belum ada sebarang pengumuman lain berkenaan filem tersebut. 

BERKAITAN: Pengarah Filem Fantastic Four Tarik Diri, Siapakah Penggantinya?

Filem terakhir Fantastic Four ditayangkan pada tahun 2015 dan dibintangi antaranya Miles Teller dan Michael B. Jordan. Walaupun begitu, filem berkenaan diselubungi kontroversi dan menerima kritikan yang agak teruk, dengan mencatatkan kutipan sebanyak USD167 juta sahaja, berbanding kos pembikinan berjumlah USD120 juta. 

Dua filem terdahulu Fantastic Four, iaitu Fantastic Four (2005) dan Fantastic Four: Rise of the Silver Surfer (2007), mencatatkan kutipan keseluruhan berjumlah USD619 juta di seluruh dunia. 


KOMEN ANDA

Previous Post Next Post