Masih hangat dengan pengumuman oleh Marvel Studios di acara San Diego Comic-Con 2022, studio perfileman Marvel Studios telah mengumumkan logo dan tarikh tayangan filem Guardians of the Galaxy Vol. 3.

BERKAITAN: Gambar Set Penggambaran Guardians of the Galaxy Vol. 3 Memperlihatkan Sut Serupa Komik!

Selain memperlihatkan logo baharu untuk filem Guardians of the Galaxy Vol. 3, turut diumumkan adalah watak Rocket versi bayi turut akan ditampilkan dalam filem tersebut. Ianya dijangka akan memberikan latar asal-usul Rocket, selain menelusuri lebih mendalam tentang hubungan Star-Lord dan Gamora.

Maria Bakalova akan memberikan suara kepada watak Cosmo the Spacedog, manakala Chukwudi Iwuji telah disahkan akan melakonkan watak sebagai High Evolutionary

BERKAITAN: Rocket Akan Memainkan Peranan Penting Dalam Filem Guardians Of The Galaxy Vol. 3

Guardians of the Galaxy Vol. 3 kembali diarahkan oleh James Gunn, dan menampilkan barisan pelakon seperti Chris Pratt, Zoe SaldaƱa, Dave Bautista, Sean Gunn, Karen Gillan, Pom Klementieff, Bradley Cooper, dan Vin Diesel yang menyambung watak mereka sebagai Star-Lord, Gamora, Drax, Kraglin, Nebula, Mantis, Rocket, dan Groot.

Selain itu, watak Adam Warlock turut akan ditampilkan buat pertama kalinya, dilakonkan oleh Will Poulter.

Guardians of the Galaxy Vol. 3 dijadualkan untuk tayangan pada 5 Mei 2023.


KOMEN ANDA

Previous Post Next Post