Masih hangat dengan pengumuman oleh Marvel Studios di acara San Diego Comic-Con 2022, studio perfileman Marvel Studios secara rasminya telah mengumumkan penghasilan filem Thunderbolts, yang dijadualkan untuk tayangan pada 26 Julai 2024.

Pengumuman itu menyatakan yang filem Thunderbolts merupakan penutup MCU Fasa 5, buat masa ini. Berikut adalah logo filem Thunderbolts yang dilancarkan pada semalam:

BERKAITAN: Marvel Studios Umumkan Pengarah Untuk Filem Thunderbolts

Thunderbolts mungkin agak asing bagi mereka yang tidak membaca komik Marvel, dan plot filem ini juga masih lagi belum didedahkan, namun dijangka yang ianya akan berpandukan kepada komik yang mana ianya merupakan pasukan supervillain yang ditugaskan oleh pihak kerajaan untuk melaksanakan misi-misi merbahaya. Masih belum dipastikan watak supervillain mana yang akan tampil dalam filem ini, namun difahamkan ada beberapa pelakon yang tampil dalam filem MCU sebelum ini yang telahpun dihubungi oleh Marvel Studios. 

Jika dilihat watak penjahat yang tampil dalam filem MCU sebelum ini, kemungkinan watak yang akan tampil dalam filem Thunderbolts adalah seperti Baron Zemo, Taskmaster, Ghost, Abomination, U.S. Agent, Winter Soldier dan Yelena Belova

Pengumuman terbaharu ini telah menyebabkan kelompok peminat filem MCU berspekulasi tentang watak yang akan mengetuai pasukan Thunderbolts, dengan nama watak Baron Zemo dan Valentina Allegra de Fontaine - yang telah diperkenalkan dalam siri Disney+ The Falcon and The Winter Soldier sebelum ini - sebagai calon utama untuk mengetuai Thunderbolts dalam filem nanti. 

Filem Thunderbolts akan diarahkan oleh Jake Schreier, dan dijadualkan untuk tayangan pada 26 Julai 2024.


KOMEN ANDA

Previous Post Next Post