Satu laporan eksklusif di portal Deadline telah menyatakan yang Marvel Studios akan menghasilkan satu filem baharu, iaitu Thunderbolts dan telahpun menemui pengarah untuk filem tersebut. Pengarah yang dimaksudkan adalah Jake Schreier.

BERKAITAN: Doctor Strange in the Multiverse of Madness Boleh Di'strim' Di Disney+ Mulai 22 Jun 2022

Thunderbolts mungkin agak asing bagi mereka yang tidak membaca komik Marvel, dan plot filem ini juga masih lagi belum didedahkan, namun dijangka yang ianya akan berpandukan kepada komik yang mana ianya merupakan pasukan supervillain yang ditugaskan oleh pihak kerajaan untuk melaksanakan misi-misi merbahaya. Masih belum dipastikan watak supervillain mana yang akan tampil dalam filem ini, namun difahamkan ada beberapa pelakon yang tampil dalam filem MCU sebelum ini yang telahpun dihubungi oleh Marvel Studios. 

Jika dilihat watak penjahat yang tampil dalam filem MCU sebelum ini, kemungkinan watak yang akan tampil dalam filem Thunderbolts adalah seperti Baron Zemo, Taskmaster, Ghost, The Abomination, U.S. Agent, Winter Soldier dan Yelena Belova. 

Pengumuman terbaharu ini telah menyebabkan kelompok peminat filem MCU berspekulasi tentang watak yang akan mengetuai pasukan Thunderbolts, dengan nama watak Baron Zemo dan Valentina Allegra de Fontaine - yang telah diperkenalkan dalam siri Disney+ The Falcon and The Winter Soldier sebelum ini - sebagai calon utama untuk mengetuai Thunderbolts dalam filem nanti. 

Nantikan berita selanjutnya tentang filem Thunderbolts dari kami.


KOMEN ANDA

Previous Post Next Post