Filem Satria Dewa Gatotkaca yang kini sedang ditayangkan di seluruh pawagam Indonesia, akan ditayangkan di Malaysia dan Amerika Utara.


Horizon Film Entertainment akan membawa dan menayangkan filem Satria Dewa Gatotkaca untuk ditayangkan di seluruh pawagam di Malaysia pada Julai ini.


Mohd Shahir Sulaiman, Pengarah Urusan Horizon FIlm Entertainment, sempat meluangkan masa untuk datang dan menghadiri Gala Premiere Filem Satria Dewa Gatotkaca di Bioskop XXI Epicentrum Walk, Kuningan, Jakarta Selatan, Isnin (6/6/2022).

Menurut Mohd Shahir Sulaiman;

"Gatotkaca ialah karya segar dan memaparkan jalan cerita yang menarik, Kita rumpun yang sama. Berkongsi akar budaya, adat dan warisan. Kerana itu, cita rasa juga tidak jauh beda".
Dibarisi pelakon hebat seperti Rizky Nazar, Yasmin Napper, Omar Daniel, Yayan Ruhian dan Cecep Arif Rahman, diyakini bahawa filem Satria Dewa Gatotkaca akan diterima baik penonton filem di Malaysia.


Tidak hanya di Malaysia, filem Satria Dewa Gatotkaca juga akan ditayangkan di Amerika Utara. Well Go USA telah mendapat hak untuk mengedarkan filem Satria Dewa Gatotkaca di Amerika Utara. Well Go USA adalah syarikat pengedaran filem terkenal, dan pernah memegang hak edaran untuk filem-filem seperti Ip Man yang dibintangi Donny Yen dan The Police Story yang dibintangi Jackie Chan. 


CEO Well Go USA, Doris Pfardrescher sangat gembira dengan kerjasama yang dijalinkan dengan Satria Dewa Studio untuk menayangkan filem Satria Dewa Gatotkaca di wilayah Amerika Utara. Mochtar Sarman, Vice President Operation Satria Dewa Studio, berasa bangga kerana filem Satria Dewa Gatotkaca mendapat permintaan untuk ditayangkan di pawagam Amerika Utara. Menurutnya;

"Mendapatkan apresiasi dari negara-negara luar sungguh luar biasa. Semoga melalui filem ini, superhero Indonesia boleh go internasional".

Film Satria Dewa Gatotkaca yang kini sedang ditayangkan di pawagam seluruh Indonesia, akan ditayangkan di pawagam Malaysia pada Julai 2022.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post