Netflix telah mengumumkan tajuk rasmi untuk filem sambungan Knives Out! Filem Knives Out, yang ditayangkan pada 2019, akan disambung dengan filem bertajuk Glass Onion: A Knives Out Mystery.


Filem bergenre penyiasatan/ misteri itu diarahkan oleh Rian Johnson, dan dibintangi oleh Daniel Craig, Edward Norton, Janelle MonĂ¡e, Kathryn Hahn, Leslie Odom Jr., Jessica Henwick, Madelyn Cline, Kate Hudson dan Dave Bautista.

Sambungan kepada filem Knives Out (2019), detektif Benoit Blanc akan kembali dalam filem Glass Onion: A Knives Out Mystery, dan kali ini beliau akan mengembara ke Greek untuk menyiasat misteri terbaharu, dan merungkai kebenaran di sebalik suspek-suspek dalam kes terbaharu yang disiasat olehnya. 


KOMEN ANDA

Previous Post Next Post