Filem The Old Guard 2, filem sambungan kepada filem The Old Guard yang ditayangkan di Netflix, kini telah membariskan pelakon Uma Thurman dan Henry Golding dalam barisan pelakon filem sambungan tersebut.

Uma Thurman yang terkenal menerusi filem Kill Bill, dan Henry Golding yang sebelum ini membintangi filem Crazy Rich Asians dan Snake Eyes: G.I. Joe Origins kini akan tampil bersama-sama Charlize Theron dalam sambungan filem The Old Guard, yang akan diarahkan oleh Victoria Mahoney.

BERKAITAN: Sah! Filem The Old Guard 2 Akan Dihasilkan

The Old Guard 2 akan menyambung pengakhiran filem terdahulu, dan mengambil inspirasi dari jalan cerita komik dengan tajuk sama, hasil karya oleh Greg Rucka dan Leandro Fernandez.

BERKAITAN: Review Filem The Old Guard (2020) - Filem Aksi Di Netflix

Sejak ditayangkan pada 2020, The Old Guard menerima respons yang agak positif daripada para penggemar filem dan mereka yang membaca komik asalnya. Ketika ditayangkan di minggu pertama tayangannya sahaja, The Old Guard telah berjaya menduduki tempat ke-6 dalam carta top 10 tontontan di saluran Netflix. 


KOMEN ANDA

Previous Post Next Post