Selepas disahkan oleh pelakon utamanya iaitu Charlize Theron yang filem The Old Guard 2 akan dihasilkan, kini Deadline pula melaporkan yang Netflix dan Skydance filem tersebut sememangnya akan dihasilkan, dengan Victoria Mahoney bertindak sebagai pengarah, mengambil alih kerusi pengarah daripada Gina Prince-Bythewood yang mengarahkan filem The Old Guard (2020). 

BERKAITAN: Review Filem The Old Guard (2020) - Filem Aksi Di Netflix

Filem The Old Guard berdasarkan buku komik karya Greg Rucka dan Leandro Fernandez, yang mengisahkan tentang sekumpulan tentera upahan, diketuai Andromache "Andy" dari Scythia (lakonan Charlize Theron) yang mempunyai kuasa untuk sembuh sendiri dari sebarang kecederaan, dan tidak meningkat usia walaupun telah hidup selama ribuan tahun. 

Semenjak ditayangkan, filem The Old Guard mendapat reaksi yang positif dari pengkritik filem dan penonton. Malah, di minggu pertama tayangannya di Netflix, The Old Guard berjaya menduduki tempat ke-6 carta Top 10 filem popular di Netflix. 

Walau bagaimanapun, masih belum didedahkan tentang jalan cerita filem The Old Guard 2 ini, walaupun ada kemungkinan ianya akan berdasarkan buku komik kedua karya penulis sama iaitu Forced Multiplied.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post