Deadline melaporkan yang Paramount Pictures sekali lagi telah menunda tarikh tayangan filem terbaharu mereka, Top Gun: Maverick yang sebelum ini dijadualkan tayangan pada 19 November 2021, dan Mission: Impossible 7 yang dijadualkan pada 27 Mei 2022.


Disebabkan kebimbangan terhadap varian Delta COVID-19, kini tarikh terbaharu tayangan filem Top Gun: Maverick ditunda ke 27 Mei 2022 (mengambil tarikh tayangan asal filem Mission: Impossible 7), manakala filem Mission: Impossible 7 pula ditunda tayangan ke 30 September 2022.

BERKAITAN: Trailer Pertama Filem Top Gun 2: Maverick Diperlihatkan!

Ini sekaligus meletakkan filem Top Gun: Maverick akan bersaing dengan filem terbitan Lionsgate, iaitu John Wick 4.

Dalam filem Top Gun: Maverick, watak Maverick (ditampilkan semula oleh Tom Cruise) kini merupakan seorang jurulatih penerbangan, yang melatih Bradley Bradshaw (lakonan Miles Teller), yang merupakan anak kepada rakan penerbangan Maverick suatu masa dulu, iaitu Nick “Goose” Bradshaw yang meninggal dunia dalam satu kemalangan semasa latihan. Top Gun: Maverick turut dibintangi Jon Hamm, Val Kilmer, Jennifer Connelly, Glen Powell dan Ed Harris.


KOMEN ANDA

Previous Post Next Post