Satu lagi siri TV dari Marvel, iaitu The Falcon and the Winter Soldier bakal ditayangkan tidak lama lagi, menyusuli siri WandaVision yang kini sedang ditayangkan di saluran penstriman Disney+ dan mencatatkan rating yang memberangsangkan. Saksikan trailer terbaharu The Falcon and the Winter Soldier di bawah : 


The Falcon and the Winter Soldier dibintangi Anthony Mackie dan Sebastian Stan yang menyambung kembali watak mereka dalam filem sebagai Sam Wilson/ Falcon dan Bucky Barnes/ Winter Soldier. Mereka kembali menyambung kisah di penghujung filem Avengers: Endgame selepas Captain America bersara dan menyerahkan perisainya kepada Falcon untuk menyambung legasi Captain America


The Falcon and the Winter Soldier turut dibintangi Daniel Bruhl dan Emily VanCamp sebagai Helmut Zemo dan Sharon Carter/ Agent 13. Selain itu, watak James Rhodes/ War Machine lakonan Don Cheadle turut disahkan akan tampil, selain menampilkan Wyatt Russell melakonkan watak John Walker/ U.S. Agent

The Falcon and the Winter Soldier merupakan siri terbaharu yang akan ditayangkan di saluran penstriman Disney+, terdiri daripada 6 episod dan akan ditayangkan bermula 9 Mac 2021. Malaysia masih menunggu kemasukan secara rasmi Disney+ untuk bersaing dengan saluran penstriman lain seperti Netflix. 

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post