Selain Marvel Studios, Universal turut memperlihatkan trailer terbaharu filem Fast & Furious 9 di acara Super Bowl, menambahkan lagi keterujaan peminat terhadap filem terbaharu dalam francais Fast & Furious itu. 


Selain menampilkan barisan pelakon asal dan menyaksikan kemunculan semula Sung Kang (melakonkan watak Han) yang didedahkan dalam trailer terdahulu, trailer terbaharu Fast & Furious 9 ini turut mengesahkan penampilan semula pelakon dari filem The Fast & The Furious: Tokyo Drift (2006), iaitu Bow Wow (melakonkan watak Twinkie).


Justin Lin kembali ke kerusi pengarah filem ini selepas mengarahkan filem ke-3 hingga ke-6 Fast & Furious, iaitu The Fast & The Furious: Tokyo DriftFast & FuriousFast 5 dan Fast & Furious 6.


Filem Fast & Furious 9 menampilkan kembali pelakon-pelakon asal seperti Vin Diesel sebagai Dominic Toretto, Michelle Rodriguez sebagai Letty Ortiz, Jordana Brewster sebagai Mia Toretto, Tyrese Gibson sebagai Roman Pierce dan Ludacris sebagai Tej Parker, di samping turut menampilkan Nathalie Emmanuel sebagai Ramsey, Helen Mirren sebagai Magdalene Shaw dan Charlize Theron yang kembali dengan watak Cipher dari filem kelapan, The Fate of the Furious. Manakala watak antagonis utama akan dilakonkan oleh penggusti John Cena, yang melakonkan watak Jakob yang mempunyai pertalian keluarga dengan Dom.

Fast & Furious 9 akan ditayangkan di pawagam pada 28 Mei 2021.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post