Studio perfileman Paramount telah mengumumkan tajuk rasmi dan tarikh tayangan filem Sonic the Hedgehog 2 melalui video pengumuman khas seperti di bawah :



Seperti mana dinyatakan dalam video tersebut, Sonic the Hedgehog 2 dijadualkan untuk tayangan pada 8 April 2022. Filem ini sudah tentunya akan menyambung kisah filem pertama, di mana di penghujung filem tersebut, Dr. Robotnik tercampak ke sebuah dunia asing dipenuhi dengan cendawan, yang menjadikannya semakin gila dan menukarkannya kepada susuk yang kita kenali dari permainan videonya. Selain itu, satu watak tambahan iaitu Tails turut muncul melalui satu portal di langit, dalam usahanya mencari Sonic di Bumi. 


Filem Sonic the Hedgehog (2020) mengisahkan tentang Tom Wachowski, seorang anggota polis di kawasan luar bandar di Green Hills, yang mengambil keputusan untuk membantu membebaskan Sonic daripada entiti kerajaan yang cuba memerangkapnya. Filem Sonic the Hedgehog diarahkan oleh Jeff Fowler dan dibarisi pelakon seperti Jim Carrey sebagai Dr. Robotnik/ Eggman dan James Marsden sebagai Tom Wachowski, di samping Adam Pally, Tika Sumpter dan Natasha Rothwell. Ben Schwartz memberikan suara untuk watak Sonic dalam filem tersebut.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post