Netflix telah memperlihatkan trailer penuh untuk siri anime terbaharu mereka, iaitu Pacific Rim: The Black. Siri anime berdasarkan filem Pacific Rim dan Pacific Rim: Uprising terbitan Legendary dan Warner Bros itu akan mula ditayangkan bermula 4 Mac ini. Saksikan trailer penuh Pacific Rim: The Black di bawah :



BERKAITAN: Netflix Akan Menghasilkan Siri Anime Pacific Rim?

Pacific Rim: The Black berlatarkan dunia di mana manusia berjaya menumpaskan Kaiju, dan menampilkan dua orang pemandu Jaeger muda yang merupakan pasangan adik-beradik dalam aksi mereka bertarung menentang Kaiju versi baharu, dan berusaha mencari kedua ibu bapa mereka.

Sebelum ini, filem Pacific Rim (2013) diarahkan dan ditulis oleh Guillermo del Toro serta dibintangi oleh Charlie Hunnam, Idris Elba, Rinko Kikuchi, Ron Perlman, dan Charlie Day. 

Filem itu seterusnya disusuli oleh filem Pacific Rim: Uprising (2018) dan diarahkan oleh Steven S. DeKnight, serta dibintangi oleh John Boyega, Scott Eastwood, dan Cailee Spaeny.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post