Warner Bros. baru sahaja memperlihatkan trailer pertama filem Godzilla Vs Kong di saluran Youtube mereka, menampilkan pandang pertama aksi pertarungan antara kedua-dua watak legenda itu. Saksikan trailer filem Godzilla Vs Kong di bawah : 


Terbaharu, tarikh tayangan Godzilla Vs Kong telah digerakkan lebih awal kepada 26 Mac 2021, berbanding jadual asal pada 21 Mei (dan beberapa kali perubahan tarikh sebelum itu, akibat pandemik COVID-19. Godzilla Vs. Kong akan menjadi filem terkini dalam senarai filem Warner Bros. yang akan ditayangkan serentak di pawagam dan saluran penstriman HBO Max, selepas filem Wonder Woman 1984 pada Disember lalu.

Pada awalnya, syarikat produksi Legendary Pictures mengumuman penghasilan Godzilla Vs Kong pada tahun 2015 sebagai filem crossover antara francais filem Godzilla dan King Kong. Ini termasuklah filem Godzilla (2014), Kong: Skull Island (2017) dan Godzilla: King of the Monsters (2019) sebagai usaha mewujudkan apa yang digelar sebagai Monster-Verse.

Filem Godzilla Vs Kong diarahkan oleh Adam Wingard, dan dibintangi oleh Alexander Skarsgård, Millie Bobby Brown, Rebecca Hall, Brian Tyree Henry, Shun Oguri, Eiza González, Jessica Henwick dan Julian Dennison.

KOMEN ANDA

Previous Post Next Post