Nobita Dan Shizuka Berkahwin Dalam Filem Terbaharu Doraemon



Baru-baru ini, trending di Twitter apabila Nobita dan Shizuka akhirnya berkahwin, seperti mana yang dipaparkan dalam filem Doraemon terbaharu bertajuk Stand By Me Doraemon 2.


Stand By Me Doraemon 2 
merupakan sambungan kepada filem 2014 yang menggunakan judul yang sama, dan berdasarkan kepada jalan cerita dalam siri manga dan anime terkenal di Jepun, Doraemon. Filem tersebut telahpun ditayangkan di Jepun pada November lalu, dan dikhabarkan akan ditayangkan di negara jiran, Indonesia pada bulan hadapan. Bagi Malaysia, masih belum ada tarikh tayangan yang diumumkan susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang masih berkuatkuasa.

Filem pertama, Stand By Me merupakan filem Doraemon yang mencatatkan kutipan paling tinggi dalam francais filem Doraemon, dengan rekod kutipan sebanyak USD196.4 juta di Jepun. Jika ditayangkan di seluruh dunia, bagaimana pula kutipannya nanti ya? 

Post a Comment

Previous Post Next Post